Thursday, March 20, 2014

Tips Rezeki Kekayaan Dunia Akhirat


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Pada pagi Jumaat yang mulia ini,
ingin saya kongsi kan satu tips menjemput rezeki yang saya amalkan iaitu :

Membaca Surah Al-Waaqi'ah


Surah Al-Waaqi'ah adalah surah ke-56 dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surah yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi'ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi'ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waaqi'ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.

Apa yang hebatnya surah Al-Waaqia'ah ini?

dengan amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Siapa membaca surah Al-Waaqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a.)



Sabda Rasulullah S.A.W:

"Ajarkanlah surah Al-Waaqi'ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan." (Hadis riwayat ibnu Ady)



Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesiapa membaca surah Al-Waaqi'ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran."



Sabda Rasulullah S.A.W:

"Barang siapa yang membaca surah Al-Waaqi'ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waaqi'ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua." 


Sumber : Buku Surah Yasin dan Amalan Pilihan.

Terima Kasih semua. Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza 
maksud : Semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan balasan yang terbaik.
PENGUMUMAN :
Website kami hanya digunakan untuk galeri GAMBAR sahaja.
Follow me up on : 
Twitter

Awesome

Daily Life: March 2014 — http://feeds.boston.com/c/35022/f/646883/s/38f3e0b5/sc/10/l/0L0Sboston0N0Cbigpicture0C20A140C0A40Cdaily0Ilife0Imarc...