Ya Allah Ya Rahman Tuhan Yang Maha Pengasih
Lagi Maha Penyayang
Berikanlah ketenangan kepada kami dan semua
saudara islam kami yang sedang di uji ini
Pada MU Ya Allah
Kami memohon kekuatan, segala ini pasti ada hikmahnya,
Namun ampunilah kami Ya Allah,
sekiranya dengan ilmu kami yang terbatas,
tidak terjangkau ilmu-ilmu Yang Maha Luas,
Ampunilah akan rintihan dan kesedihan,
yang singgah di hati kami ini,
Namun, kami tetap mengaku kami ini hamba mu yang lemah,
Ya Allah hamba yang tidak mampu menolak kasih sayang MU
yang kami yakin terus dan pasti ada di sebalik ujian
yang menyedihkan ini
Ya Allah hamba yang tidak mampu menolak kasih sayang MU
yang kami yakin terus dan pasti ada di sebalik ujian
yang menyedihkan ini
Ya Rahman Ya Rahim
Berilah kami hati yang tabah x3
hati yang sentiasa menyerah diri kepada MU, Ya Allah
dalam menghadapi musibah, dalam menghadapi ujian MU
kerana kami yakin sentiasa ada kasih sayang di sebalik
ujian ini.
Islam itu Indah, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
#mh370 #prayformh370 #doauntukMH370 #doakanmh370
Terima Kasih semua.
“Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
PENGUMUMAN :
Website kami hanya digunakan untuk galeri GAMBAR sahaja.
Follow me up on :
Twitter