Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Pada pagi Jumaat yang mulia ini,
ingin saya kongsi kan satu tips menjemput rezeki yang saya amalkan iaitu :
Membaca Surah Al-Waaqi'ah
Surah Al-Waaqi'ah adalah surah ke-56 dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surah yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi'ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi'ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waaqi'ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.
Apa yang hebatnya surah Al-Waaqia'ah ini?
dengan amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Siapa membaca surah Al-Waaqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a.)
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Ajarkanlah surah Al-Waaqi'ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan." (Hadis riwayat ibnu Ady)
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesiapa membaca surah Al-Waaqi'ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran."
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Barang siapa yang membaca surah Al-Waaqi'ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waaqi'ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua."
Sumber : Buku Surah Yasin dan Amalan Pilihan.
Terima Kasih semua. “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”
maksud : Semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan balasan yang terbaik.
PENGUMUMAN :
Website kami hanya digunakan untuk galeri GAMBAR sahaja.